MCA berjanji balas budi UMNO di PRK Mahkota

MCA akan berbuat yang terbaik bagi memastikan calon UMNO memenangi pilihanraya kecil Mahkota hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Kah Siong berkata ia adalah bagi membalas budi BN yang memenangkan calonnya pada PRK Parlimen Tanjung Piai pada 2019.

“Oleh kerana PRK Mahkota akan menyaksikan calon UMNO bertanding, kami akan bekerja kuat bagi membantunya.

“Inilah semangat dalam Barisan Nasional. Jentera UMNO pernah membantu calon MCA di Tanjung Piai sehingga memperolehi kemenangan besar, jadi ini masanya untuk MCA membalas jasa mereka,” katanya di Pontian, semalam.

Dalam pada memiliki jentera pilihanraya tersendiri, Wee kata

“We are now hoping that the ‘Tanjung Piai spirit’ will be translated to a win in Mahkota,” he said after launching the Johor MCA Youth and Wanita wings convention in Pontian, yesterday.

While MCA has its own campaign strategy, Dr Wee berkata MCA sedia mengikut arahan pengarah PRK Mahkota, iaitu Menteri Besar Johor Dato Onn Hafiz Ghazi.

Pada PRK Tanjung Piai, calon MCA Jeck Seng menang dengan majoriti 15,86 undi apabila memperolehi 25,466 undi dengan mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini yang mencatat 10,380 undi.

Adun MCA Lee Ting Han akan mengepalai jentera parti itu pada pilihanraya 28 September ini.