Zahid bertemu Perdana Menteri New Zealand

PRESIDEN UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang mengadakan lawatan rasmi ke sini selama tiga hari hingga Selasa (3 Sept).

Pertemuan tersebut menyaksikan pelbagai perbincangan disentuh membabitkan hubungan di samping memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

Selesai sesi perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri, saya terus ke Istiadat Sambutan Rasmi TYT Christopher Luxon, Perdana Menteri New Zealand yang diadakan di Dataran Perdana, Putrajaya. siang tadi (Isnin).

“Beliau kini berada dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia, di mana pelbagai agenda penting akan dibincangkan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid pada perkongsian yang sama turut meluahkan harapan agar perbincangan tersebut memberikan manfaat kepada Malaysia dan New Zealand.

“Saya doakan semoga segalanya berjalan lancar dan berharap agar perbincangan yang akan berlangsung membawa manfaat yang besar kepada kedua-dua negara, insya-Allah,” ujar beliau.

Untuk rekod pada 2023, New Zealand merupakan rakan dagangan ke-28 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-22 dan sumber import ke-27 terbesar dalam kalangan negara di rantau Oceania.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan New Zealand adalah sebanyak RM11.56 bilion (USD2.54 bilion). – UMNO Online

 

Zahid Hamidi glads meeting up New Zealand premier

UMNO president Dr Ahmad Zahid Hamidi met the Prime Minister of New Zealand, Christopher Luxon who began his 3-day official visit to Malaysia beginning today.

“Immediately after meeting our Prime Minister (Anwar Ibrahim) and staff of the Prime Minister Department, I hurried up to the official welcoming ceremony at Dataran Perdana, Putrajaya this morning,” he said in a FB posting.

“The NZ premier is on an official three-day working visit to Malaysia, and among top agenda to be discussed is how to elevate our two-way relation.”

Zahid who is Deputy Prime Minister also expressed hope for the visit to open more doors to mutual cooperation between the two nations.

Last year, New Zealand was Malaysia’s 28th trading partner, being the 22nd and 27 export and import destination respectively in the Oceania.

Trade between the two countries stood at RM11.56 billion (USD2.54 billion).