Syed Hussien dipilih calon BN bagi PRK Mahkota

KETUA Pemuda Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah dipilih sebagai calon pillihanraya kecil DUN Mahkota, semalam.

Ia diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas mendapat kebenaran presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Syed Hussien sebelum ini adalah antara dua nama yang disenaraipendek di samping timbalan ketua Wanita Kluang, Zainani Jamaluddin.

Zahid sebelum itu berkata, BN menerima 17 nama daripada semua sayap parti.

“Saya dah bincang dengan pucuk kepimpinan, dan mereka setuju dengan pilihan hari ini.”

PRK Mahkota akan diadakan pada 28 September. Penamaan calon ialah pada 14 September.