Mahkota: Isu sijil halal tidak jejas sokongan DAP

DAP mengesahkan akan tetap menyokong kempen UMNO di PRK Mahkota walaupun wujud ketidaksefahaman mengenai sijil halal, kata ketua wanitanya Teo Nie Ching.

Bercakap di Kulai, beliau berkata kerjasama ini mementingkan semangat yang termeterai di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya difahamkan bahawa isu sijil halal ini ada ketidaksefahaman di antara dua parti tetapi ia tidak akan menjejaskan sokongan DAP kepada kempen UMNO di Mahkota. Ini janji kami

“Ramai yang bercakap mengenai isu sijil halal ini. Saya rasa ia perkara biasa dan tak perlu diperbesarkan.

“Ia boleh diatasi dengan semangat kerjasama yang ada. Ini lebih penting,” katanya.

Timbalan Menteri Komunikasi itu juga berkata DAP sudah sedia untuk memperjelaskan isu itu jika pembangkang memainkan isu itu dalam kempen mereka di Mahkota.