Syed Hussien angkat sumpah sebagai ADUN

SYED Hussien Syed Abdullah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota yang baharu, pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 semalam di Johor Bahru.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Speaker Dewan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Syed Hussien, dipilih sebagai ADUN Mahkota yang baharu pada 28 September lalu, selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

DUN Mahkota merupakan satu daripada dua DUN di bawah Parlimen Kluang.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini. – UMNO Online