Ahli Parlimen Cameron dilantik ke MKT UMNO

AHLI Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor muncul wakil rakyat Orang Asli pertama yang dilantik menganggotai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut secara tidak langsung membuktikan parti itu menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

“Malam ini merupakan detik bersejarah apabila beliau (Ramli) menjadi Orang Asli pertama yang menjadi ahli MKT UMNO.

“UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan dalam landskap politik negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Ramli sebelum ini menjadi Orang Asli pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

 

Cameron MP appointed to Umno supreme council

CAMERON Highlands Member of Parliament Ramli Mohd Nor became the first Orang Asli appointed to Umno Supreme Council.

Secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said the move proved that the party serves all Malaysians irrespective of their race, religion and cultural background.

Ramli is also the first Orang Asli made as the Dewan Rakyat deputy speaker.