Union of Umno, PAS, Bersatu is only a dream

A UNION of Umno, Bersatu and PAS may be a dimming dream, given the three parties’ ongoing competition to be the leading voice of the Malay community, say analysts.

Lau Zhe Wei of International Islamic University of Malaysia said such a tie-up may not even be relevant to the political situation today as any Malay party that takes the government needs to be able to cooperate with non-Malay parties.

He said should such a tie-up occur, the leading party would “drown out non-Malay voices”.

“The question is whether these three Malay parties can still cooperate. The answer is no, because each of them wants to be the leader,” he told FMT.

Lau pointed to the PAS-Umno tie-up in the now-defunct Muafakat Nasional, and PAS and Bersatu in Perikatan Nasional, which came from PAS’s “willingness to be number two”.

He said PAS has shown potential to be a leader among the Malay parties and to nominate a prime minister candidate.

“The question now is how such a partnership among the three parties can exist,” he said.

In an interview with Utusan yesterday, Bersatu Supreme Council member Redzuan Yusof had floated the idea of seeing Malay parties under one banner.

However, Umno Supreme Council member Puad Zarkashi called the idea “stale”, saying the opportunity for it had passed.

Umno and PAS formed MN in 2019 as an electoral pact with the main aim of uniting the Malay-Muslim vote, but it collapsed after PAS chose to work with Bersatu, which Umno viewed as a betrayal.

National Professors Council fellow Azmi Hassan also said the idea was “rather impossible”, given that MN had not lasted long and cannot return especially with the presence of parties such as Bersatu.

He said such an effort would need a neutral figure at its helm that could restore Malay unity.

“The suggestion may be ideal but requires a certain strength, as not a single party is dominant in the current politically chaotic situation,” he said.

 

Penyatuan UMNO, PAS, Bersatu hanya mimpi

PENYATUAN UMNO, PAS dan Bersatu hanyalah sebuah mimpi yang kian pudar, kata beberapa penganalisis politik.

Lau Zhe Wei daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata ikatan itu mungkin tidak lagi relevan hari ini kerana apa sahaja parti Melayu yang berada dalam kerajaan mestilah mampu bekerjasama dengan parti bukan Melayu.

Katanya, jika penyatuan itu menjadi kenyataan, parti terbesar akan ‘menelan suara bukan Melayu’.

“Persoalannya ialah sama ada ketiga-tiga parti Melayu ini masih boleh bekerjasama atau tidak. Jawapannya ialah tidak mungkin kerana masing-masing ingin menjadi ketua dalam penyatuan itu,” katanya.

Lau merujuk kepada penyatuan UMNO-PAS yang akhirnya terlerai selepas penubuhan Muafakat Nasional dengan terjalinnya ikatan PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional apabila parti Islam itu sedia ‘menjadi parti nombor dua kepada PN.

Katanya, PAS ada potensi menjadi parti Melayu terulung dan mampu memilih seorang perdana menteri di kalangannya.

“Persoalannya sekarang ialah, bagaimana ketiga-tiga parti ini mampu bersatu?” katanya.

Dalam satu temuramah dengan Utusan semalam, ahli Majlis Tertinggi Bersatu Redzuan Yusof menzahirkan hasratnya untuk melihat semua parti Melayu di bawah satu bumbung.

Bagaimanapun, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi menyifatkan idea Redzuan sebagai ‘basi’ serta menyifatkannya sudah tidak praktikal lagi.

UMNO dan PAS membentuk MN pada 2019 sebagai gagasan bagi menyatukan orang Melayu tetapi ia runtuh selepas PAS memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu yang disifatkan UMNO sebagai sebuah parti pengkhianat.

Fellow Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan juga berkata rancangan penyatuan itu amat mustahil buat masa ini memandangkan MN tida mampu bertahan lama dan tidak mungkin berulang semula memandangkan kehadiran parti seperti Bersatu.

Beliau berkata usaha ke arah itu memerlukan seorang tokoh neutral bagi perpaduan Melayu.

“Cadangan ini mungkin ideal tetapi ia memerlukan kekuatan tertentu kerana tidak ada satu parti pun yang dominan dalam suasana politik yang berkecamuk hari ini,” katanya.