Zahid embarks on official visit to the UAE

THE Deputy Prime Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi, who is also the Rural and Regional Development Minister, yesterday started an official visit to the United Arab Emirates (UAE) from Wednesday (Nov 13) until Nov 19.

In a statement on Wednesday, the Foreign Affairs Ministry said this official visit is the first high-level engagement between both countries in 2024 since Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s working visit to the UAE in October 2023.

Ahmad Zahid will be accompanied by senior officials of the relevant ministries and agencies and representatives from small and medium enterprises (SMEs) in Malaysia.

During the visit, the Deputy Prime Minister is scheduled to engage in high-level discussions focused on strengthening bilateral cooperation, emphasising sectors such as the halal industry, Technical and Vocational Education and Training (TVET), and artificial intelligence (AI).

The delegation is also scheduled to visit the Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence and engage with representatives from G42, a leading AI company in the UAE.

As part of his visit, Ahmad Zahid will officiate the Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) Dubai 2024 and meet with key stakeholders in the UAE’s halal sector to further promote Malaysia and attract more investors.

“In 2023, the UAE was the largest importer of Malaysian halal products among the Gulf Cooperation Council (GCC) countries.

The UAE is Malaysia’s second-largest trading partner, second-largest export destination and second-largest import source from the West Asian region,” it said.

From January to September 2024, total trade between Malaysia and the UAE increased by 16.03% to RM32.85bil (US$7.5bil) compared with RM28.31bil (US$6.5bil) for the corresponding period in 2023. – Bernama

Zahid Hamidi mulakan lawatan rasmi ke UAE

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula semalam (Rabu) hingga 19 November.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan ia merupakan lawatan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara pada 2024 selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negera itu pada Oktober tahun lepas.

“Ini menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam usaha mengukuhkan hubungan dan memupuk kerjasama dalam pelbagai sektor yang memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua negara, sejak hubungan dua hala dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada September 2022,” menurut kenyataan itu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid akan diiringi pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan serta wakil daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Semasa lawatan, beliau dijadual terlibat dalam perbincangan peringkat tinggi, tertumpu kepada pengukuhan kerjasama dua hala dengan penekanan khusus kepada sektor utama seperti inudstri halal, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kecerdasan buatan (AI).

Delegasi juga akan mengunjungi Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence dan berinteraksi dengan wakil daripada G42, sebuah syarikat AI terkemuka di UAE.

Sebagai sebahagian daripada lawatan, beliau bakal merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai 2024 dan bertemu dengan pihak berkepentingan dalam sektor halal UAE sebagai usaha mempromosikan dan menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.

“Pada 2023, UAE merupakan pengimport terbesar produk halal Malaysia dalam kalangan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

“UAE juga ialah rakan dagang kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dari rantau Asia Barat,” menurut kenyataan itu.

Dari Januari hingga September tahun ini, jumlah dagangan antara Malaysia dan UAE meningkat sebanyak 16.03 peratus kepada RM32.85 bilion (US$7.5bilion) berbanding RM28.31 bilion (US$6.5 bilion) bagi tempoh sama pada 2023.– BERNAMA