Zahid Hamidi: BN mesti bina semula identiti

BARISAN Nasional (BN) digesa segera menyusun semula kekuatan parti itu dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Berucap pada sambutan Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 Tahun gabungan itu, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan tiga kerangka langkah ke hadapan yang perlu diberi perhatian membabitkan penjenamaan semula, mentakrifkan semula dan menyusun semula.

“Penjenamaan semula BN mesti mencerminkan transformasi selari dengan cabaran semasa. Dengan pendekatan proaktif, inklusif dan inovatif, BN mesti membina semula identitinya sebagai kuasa dinamik dalam politik Malaysia dengan naratif yang sesuai dengan kehendak zaman.

“Pendekatan brand humanization contohnya boleh memperkukuhkan usaha ini dengan menunjukkan sisi BN yang lebih mesra dan manusiawi.

“Pemimpin perlu turun padang, berkongsi cerita dan menunjukkan empati terhadap rakyat. Sikap rendah hati ini akan menjadikan BN lebih dekat di hati masyarakat,” katanya semasa berucap di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, penjenamaan semula ini perlu disokong dengan strategi moden seperti memperbaharui slogan, bahan kempen dan pengisian media sosial.

“Ia sekali gus mencerminkan era baharu yang lebih dekat dengan aspirasi anak muda dan generasi digital,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, langkah kedua membabitkan mentakrifkan semula adalah dengan BN menyusun semula hala tuju dengan visi dan misi jelas, selaras dengan aspirasi Malaysia yang berpaksikan masa depan.

“Kesesuaian strategi, gerak kerja dan tindakan perlu mengikut kepada acuan masyarakat yang rencam dan pelbagai.

“Dahulu, pendekatan kita lebih tertumpu pada cara tradisional dalam menyantuni rakyat. Kini, BN perlu berubah menjadi parti berasaskan data, memanfaatkan teknologi terkini untuk memahami sentimen dan corak pemikiran rakyat.

“Malah, BN juga perlu mengamalkan budaya politik baharu yang mengutamakan meritokrasi dan intelektualisme,” katanya.

Presiden Umno itu berkata, dari segi langkah ketiga iaitu menyusun semula, selain mengeratkan hubungan dengan rakan politik, BN turut perlu memperkukuh gerakan akar umbi, membina kepercayaan rakyat serta menangani cabaran masyarakat dengan pendekatan inklusif dan aspirasi bersama.

“Pendekatan pemilihan calon juga perlu diperkemaskan dengan memberi keutamaan buat mereka yang aktif di lapangan,” katanya.

Menurutnya, kejayaan pilihan raya BN semasa di Nenggiri dan Mahkota juga adalah tindakan yang tepat mengikut kehendak rakyat.

“Jadi, kita susun sebaiknya, kenal pasti calon berpotensi lebih awal. Saya yakin dengan gerak langkah baharu ini, BN mampu menjadi sebuah kuasa dinamik yang merapatkan jurang tradisional, sekali gus mencorakkan hala tuju parti yang lebih kukuh dan berdaya saing,” katanya.

 

Zahid Hamidi: BN must rebuild its identity

BARISAN Nasional (BN) must rebuild its identity if it wants to regain the people’s support, says its chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

In his speech on BN’s 50th anniversary at the World Trade Centre (WTC) today, he outlined three thrusts as the way forward for the coalition.

“Rebranding of BN must be in tandem with the country’s political scenariio. With a more pro-active approach, BN must rebuild its identity as the most formidable political power in Malaysia.

“Brand humanisation, for example, should be able to fortify BN in a more people-friendly nature.

“The leaders should go down and show empathy to the people. This down-to-earth approach will bring us closer to them again,” he said.

The Deputy Prime Minister also said BN rebranding must come along with modern strategy such as a new slogan, new campaigning package and utilising the social media to the utmost.

“This reflects a new era for BN as it will inspire the youth and the digital generation.”

Zahid said the second step is for BN to embark on a new vision and mision in line with Malaysia aspiration of moving forward.

“The right strategy, work ethic and planning must be able to fit into the people’s various needs.

“In the past, our approach was more traditionalised when it comes to serving the rakyat but today, BN must change as a party based on the right data by subscribing to the last technology that can explore and understand the people’s mind.

“BN too must embark on a new political tradition that prioritise meritocracy and intellectualism,” he said.

The Umno president also said, the third thrust is to strengthen the grassroots, rebuilding the people’s thrust and addressing their challenge collectively and cohesively, and the same time close rank with all component parties.

“Selecting candidates (for election) too must be neatly done so that only those actively in party duty be given a chance,” he said.

Zahid said, BN’s victory in Nenggiri and Mahkota by-elections shows how the method was supported by the people.