Umno opposes party hopping within government

UMNO strongly opposes any party hopping within the unity government, says its secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki.

He said the party views PKR president Anwar Ibrahim’s remarks about “preliminary discussions” having taken place on Tengku Zafrul Aziz joining PKR seriously.

However, Asyraf pointed out that the prime minister had already consulted Umno president Ahmad Zahid Hamidi about the matter.

“Umno’s stance remains firm. The party will never accept or allow any (form of) party hopping among members of the unity government,” he said in a statement today.

Asyraf said that recruiting members or leaders from allied parties would only fuel disputes and jeopardise the government’s stability.

“We have had enough of bitter experiences in the past when political alliances collapsed due to betrayal, party hopping, and the poaching of members within alliances,” he said.

After PKR’s special congress today, Anwar told reporters that the party does not invite people to join it, but remained “open” to such discussions.

Speculation has been rife that Tengku Zafrul is planning to leave Umno to join PKR in an apparent bid to become the next Selangor menteri besar.

However, Zahid said Tengku Zafrul has not informed him of any plans to leave, while PKR secretary-general Fuziah Salleh denied receiving a formal application from him.

Tengku Zafrul, who currently serves as investment, trade, and industry minister, has yet to publicly comment on the matter.

 

UMNO tentang lompat parti dalam kerajaan

UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan sendiri.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu memandang serius pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, bahawa terdapat perbincangan awal mengenai penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke PKR.
Beliau yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata, budaya mengambil ahli atau pemimpin parti lain hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan yang boleh menggugat kestabilan gabungan parti.
“Cukuplah pengalaman pahit lampau dalam permuafakatan politik lalu yang meruntuhkan kerajaan akibat perlakuan khianat, lompat-melompat, serta mencuri ahli sesama parti dalam permuafakatan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial, semalam.
Terdahulu, Anwar mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul, ke dalam PKR.
Presiden PKR itu menegaskan beliau dan parti terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan atau rundingan dengan mana-mana pihak.
“Prinsip PKR adalah terbuka, ada pemimpin kita yang pernah menjadi Setiausaha Agung Amanah, ada pemimpin DAP yang jadi calon kita dan ada pemimpin kita yang jadi calon DAP.
“PKR selama ini memang membuka ruang tapi merunding secara baik, itu keadaannya sekarang.
“Tengku Zafrul pun dalam keadaan yang sama, kita tidak menafikan dan budaya kita (PKR) tidak pernah mengajak orang (menyertai parti).
“Tapi kita sedia bincang dan parti ini terbuka…bekas UMNO pun ada,” katanya.