AGC: Najib must submit a new proposal

ANY proposals for Najib Razak to serve his remaining prison sentence under house arrest must be submitted to the Pardons Board, the Attorney General’s Chambers (AGC) said on Saturday.

The AGC emphasised that all pardon applications for offences committed in Kuala Lumpur, Labuan, and Putrajaya must follow proper legal procedures as outlined under the Federal Constitution, and any other channels.

“The AGC has been directed by the Yang di-Pertuan Agong to inform that all applications for clemency regarding offences committed in the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan, and Putrajaya must be submitted to the Pardons Board chaired by the Agong through the procedures and channels established under the law, and not through any other means,” the AGC said in a press release.

It added that decisions made by the Yang di-Pertuan Agong on such matters, based on advice from the Pardons Board, are subject to legal provisions to ensure they remain valid and cannot be challenged in court.

The AGC issued the clarification following public discussions over Najib’s eligibility for a pardon or the possibility of serving his remaining sentence outside prison.

Najib, Malaysia’s former prime minister, is serving a 12-year prison sentence for corruption after being convicted in the SRC International case.

He recently lost his bid to compel the government to produce an addendum order reportedly issued by previous King, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, after the High Court ruled in July that affidavits supporting Najib’s claim were inadmissible as evidence because they were hearsay.

Najib, 71, is currently serving his sentence at Kajang prison in Selangor and has since appealed the decision.

The Court of Appeal is set to hear the former prime minister’s appeal on January 6.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has not confirmed or denied the existence of the purported addendum.

 

 

AGC: Najib perlu kemuka permohonan baharu

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.
Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan Sabtu lalu memaklumkan, permohonan itu perlu dilakukan mengikut tatacara dan saluran yang ditetapkan di bawah undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain.
Kenyataan itu memberitahu, berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk memberi pengampunan, menunda dan melegakan hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
Perkara 42(2) Perlembagaan Persekutuan pula katanya, antara lain memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
“Dalam hal ini, keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan juga adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai bagi mengelakkan tindakan sedemikian dicabar di mahkamah kerana tidak sah dari segi undang-undang,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.
Mahkamah Rayuan kemudian menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum.
Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Juga tular di media sosial sepucuk surat, yang mendakwa Pas mengarah ahlinya berhimpun bagi ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari depan.
Surat itu didakwa dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada pesuruhjaya Pas Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti, perhimpunan tersebut akan diadakan mulai 9 pagi di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.