Zahid rebuts Rafidah over Gaza development

DEPUTY Prime Minister Dr Ahmad Zahid Hamidi has responded to former International Trade and Industry Minister Rafidah Aziz’s remarks urging the government to prioritise domestic issues over commitments to rebuild Gaza.

Zahid asserted that the government consistently prioritises the welfare and needs of Malaysians while also extending support to Palestinians in Gaza and the West Bank.

”Of course, the Prime Minister’s commitment must be supported. For example, cooperation with Japan is strategic for redevelopment.

”As stated by Datuk Seri Anwar Ibrahim, the focus is on building hospitals, schools, and mosques. If even that is questioned, I’m not sure what Tan Sri Rafidah means,” he said during a media visit to Media Prima Berhad.

Zahid also appeared as a guest on the Buletin TV3 podcast, set to air this Sunday.

Malay daily Harian Metro had earlier reported that Anwar had announced Malaysia’s plans to assist in Gaza by constructing a school, hospital, and mosque to alleviate the hardships of Palestinians.

Rafidah, however, reportedly suggested yesterday that the government should address pressing domestic issues before committing to Gaza’s redevelopment.

While acknowledging the importance of rebuilding Gaza, she highlighted unresolved issues within Malaysia, including the “deplorable” state of rural schools, often spotlighted in the media.

On a separate issue, Zahid commented on calls from the Malaysian Corruption Watch (MCW) for mandatory asset declarations by all government officials, emphasising that it is a legal obligation.

”Asset declaration is mandatory for all members of the administration, enforced under the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act,” he said, adding that compliance should not pose significant challenges.

Zahid’s remarks come amid ongoing debates surrounding the government’s priorities and the need for transparency.

 

Zahid bidas Rafidah isu pembangunan Gaza

USAHA untuk membangunkan semula Gaza akan tertumpu kepada pembangunan fasiliti penting yang merupakan keperluan penduduk yang menjadi mangsa jenayah perang rejim zionis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak timbul sebarang isu untuk mengetepikan pembangunan dalam negara seperti yang didakwa oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

Tegas Ahmad Zahid, komitmen kerajaan dalam mengutamakan rakyat akan tetap diteruskan namun inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu saudara yang ditindas di Gaza wajar mendapat dokongan.

“Keutamaan kepada kebajikan dan kesempurnaan di negara ini terus diutamakan namun kita tidak melupakan rakan-rakan kita yang berada di Gaza dan Tebing Barat.

“Tentunya komitmen Datuk Seri Anwar harus mendapat dokongan dan kerjasama dengan Jepun umpamanya adalah satu kerjasama strategik dari segi pembangunan semula.

“Sebagaimana yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar, keutamaan adalah untuk bina hospital, sekolah, dan masjid, kalau itu pun salah saya tak tahu apa maksud Tan Sri Rafidah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri rakaman Podcast Utama terbitan unit digital, Buletin TV3 hari ini.

Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berpandangan kerajaan harus memberi keutamaan kepada keperluan rakyat sebelum memulakan rancangan untuk membangunkan semula Gaza yang musnah akibat serangan rejim Zionis.