‘Keluar sekejap’ can stay out for good

UMNO president Dr Ahmad Zahid Hamidi has taken a swipe at Khairy Jamaluddin and Shahril Hamdan, saying the duo can stay out of Umno for good.

While the Umno president did not specifically name anyone, Ahmad Zahid that those who “keluar sekejap” (exited briefly) can “keluar selama-lamanya” (stay out for good) – clearly referring to the popular ‘Keluar Sekejap’ podcast started by the two ex-Umno men.

“My goal is to reunite (party members), those who left can do so for good. Those who ‘keluar sekejap’ can stay out forever, is okay,” he said at the Buletin TV3 podcast on Sunday (Feb 2).

The Bagan Datuk MP said that Umno has become a small party due to factions that had taken place within the party resulting in it only winning 26 parliamentary seats in 15th general election (GE15).

He said those who remained loyal to the party must stay loyal and put party interests above their own.

Khairy founded the “Keluar Sekejap” podcast with ex-information chief Shahril Hamdan in 2023 after being removed from Umno.

The podcast show which has gained popularity since has a total of 141 episodes, and discusses political, social and other contemporary issues.

Khairy, who is a former health minister, was sacked from Umno in January 2023, due to disciplinary violations in the party during GE 15 while Shahril was suspended for six years in August 2022.

Ahmad Zahid said it’s better for Umno to have a smaller number of members rather than having to deal with members who were a “pain in the neck”.

He also said Umno members should emulate him to be truthful and not be afraid of being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“Just tell investigators the truth. Let the courts decide (on your innocence) like I did. I was slapped with 87 charges but I defended myself in court,” he said.

“I was not worried and I stuck with Umno,” he said.

 

‘Keluar sekejap’ boleh keluar terus dari parti

PRESIDEN Umno Zahid Hamidi berkata mereka yang telah meninggalkan parti boleh terus ‘duduk di luar selama-lamanya’ manakala yang masih kekal perlu menunjukkan taat setia kepada pimpinan.

Bercakap dalam program audio siar TV3, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata tidak guna jika Umno mempunyai ahli paling ramai tetapi menjadi ‘buih di lautan’.

Umno ada 26 kerusi, mana tidak mengecil jika di dalam berpecah, sebab itu matlamat saya sekarang adalah menyatukan semula ahli akar umbi.

“Mereka yang telah tinggalkan parti silakan terus (berada di luar)… yang keluar sekejap, keluar selama-lamanya pun tak apa. Jika ada gunting dalam lipatan, ada kaduk naik junjung saya fikir orang ini tidak diperlukan.

“Biarlah sedikit ahli Umno tetapi mereka adalah yang taat setia kepada parti, jumlah yang banyak kita tidak mahu jadi buih di lautan. Biar sedikit,” katanya.

Beliau tidak menamakan pemimpin yang dikatakan ‘keluar sekejap’ itu. Bagaimanapun, bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin popular dengan program audio siar ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikan bersama bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

Khairy antara pemimpin Umno dipecat pada Januari 2023 kerana melanggar disiplin parti ketika PRU15.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini berkata hatinya sentiasa bersama Umno namun menegaskan tidak mahu kembali hanya untuk menjadi ‘pak turut’.

Menurutnya, kepulangan ke pangkuan Umno sesuatu yang boleh dibincangkan sekiranya parti itu boleh menerima beliau dan idealismenya untuk ‘Umno yang lebih baik’.

Zahid mengetuai Umno selepas mengambil alih daripada Najib Razak, apabila parti yang menaungi Barisan Nasional (BN) itu tewas pada PRU14.

Beliau kemudian mengekalkan jawatan selepas menang pada pemilihan Umno penggal 2018-2021 dalam saingan tiga penjuru menewaskan Khairy dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Zahid menegaskan beliau bukan seorang pemimpin kuku besi apabila semua dasar dan keputusan parti dibuat secara bersama.

“Dalam keadaan ini proses membuat keputusan saya lakukan sebaik-baiknya kerana saya bukan seorang diktator, seorang pemimpin kuku besi.

“Kita boleh bincang, yang penting Umno susun strategi agar kita dominan semula,” katanya.

BN yang kini mempunyai 30 kerusi diyakini mampu menambah penguasaannya pada PRU16 dengan memfokuskan kepada kerusi tier 2, kata Zahid.

Beliau berkata tier 2 merujuk kerusi yang BN tewas namun berada di kedudukan kedua pada pilihan raya lalu.

“Kita akan runding dengan parti-parti lain untuk kita tawan semula kerusi ini. Saya yakin kita boleh mencakupi (tawan semula) kerusi-kerusi tier 2,” katanya.