No political pact yet for Sabah Umno

THERE was no discussion whatsoever on electoral pacts or seat distribution within Sabah Umno in its latest state committee meeting, says its state deputy chairman Abdul Rahman Dahlan.

He said as the deputy chief of Sabah Umno, he does not know of any talks of possible pacts.

“In fact, we are still in the discussion stage between the state and federal party leadership on this matter,” he said in Kota Kinabalu on Tuesday (Feb 11).

Rahman said this in response to Sabah Umno chief Bung Moktar’s statement that a majority of the 25 Sabah Umno divisions are against an electoral pact with Gabungan Rakyat Sabah (GRS) led by Chief Minister Hajiji Noor.

He said that as far as he was concerned, Sabah Umno was united, and discussions were held, with decisions to be made collectively.

As long as there is no final decision from the party, Sabah Umno would work towards strengthening the party, he added.

Regarding whether Sabah Umno was heading into state elections alone, Rahman said the rumour lacked basis.

“For me, going solo is not a viable option in Sabah, and parties must work with someone else,” he said.

However, given the dynamics of politics in Sabah and the constant change, Rahman said it was best to make a party decision on electoral pacts as soon as possible.

Rahman said people were tired and sick of politicians fighting all the time and they are more concerned about what politicians can do for the people.

He said Umno is a party of many talents, where its leaders held former ministerial positions and even the former Chief Minister’s post.

Belum ada kerjasama dengan parti lain

UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang keputusan mengenai soal kerjasama dengan parti lain atau mahu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang bakal diadakan tahun ini.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata sebarang kenyataan berhubung perkara itu yang dilaporkan di media sebelum ini bukan merujuk kepada keputusan parti.

Beliau berkata, setakat ini mesyuarat parti yang dihadirinya juga tidak pernah membincangkan soal kerjasama dengan parti lain atau memutuskan untuk BN bertanding sendiri tanpa bergabung dengan parti lain.

“Dalam mesyuarat (UMNO Sabah) yang diadakan baru-baru ini pun, tiada perbincangan mengenai dengan siapa gabungan kita atau perbincangan mengenai beberapa kerusi yang dituntut oleh UMNO dan sebagainya, tiada sebarang perbincangan.

“Maksud saya, dalam keadaan kita berdepan dengan pilihan raya ini, semua orang mahu bercakap, tapi siapa sumber itu.

“Sekarang, saya sebagai Timbalan Ketua UMNO Sabah boleh beritahu kamu bahawa dalam mesyuarat perhubungan kami setakat ini tiada disebut soal itu,” katanya ditemui pemberita selapas pelancaran Projek Hab Tenaga Minyak dan Gas, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), di Kota Kinabalu, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan kemungkinan BN bertanding solo pada PRN17 Sabah, selain kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menolak kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Mengulas lanjut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, perbincangan antara UMNO Sabah dengan UMNO pusat mengenai soal kerjasama pada PRN17 juga masih berterusan kerana banyak perkara dinamik yang berlaku.

“Setiap hari ada saja perkembangan terbaharu politik di Sabah ketika kita makin dekat dengan pilihan raya ini, tapi keputusan pasti akan dibuat juga.

“Namun, di Sabah bertanding solo mungkin satu pilihan yang tidak sesuai kepada mana-mana parti politik, kita mesti ada gabungan dan setakat yang saya tahu mesyuarat perhubungan negeri belum ada membincangkan mengenai ke mana hala tuju kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka ke Sabah pada 23 Februari ini sempena sambutan ulang tahun UMNO Sabah yang diadakan di Tawau.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri itu mungkin menjelas sesuatu mengenai hala tuju UMNO dan BN pada PRN17 memandangkan keputusan perlu dibuat segera kerana masa semakin suntuk.