Singkir saya, UMNO Sabah akan bungkus – Bung

KETUA UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyangkal khabar angin bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya negeri akan datang.

Bercakap kepada Malay Mail, Bung berkata beliau bukan sahaja akan mempertahankan kerusi DUN Lamag malah ingin menjadi ketua menteri Sabah.

“Bagaimana nak jadi ketua menteri jika saya tak bertanding?” katanya sambil ketawa apabila menolak andaian tidak akan mempertahankan Lamag.

Beliau turut memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk menyingkirkannya samalah seperti meretakkan UMNO Sabah.

“Jika saya disingkir, UMNO Sabah akan bungkus,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sering dianggap sebagai tokoh yang mewarnai are politik tanahair, Bung mendakwa sudah berbuat segala yang terdaya mempertahankan UMNO Sabah selepas runtuhnya pada 2018 apabila ramai Adun yang dilantik menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Sebelum itu, kita ada 530,000 ahli. Ia kemudian merosot kepada 400,000. Hari ini, ia meningkat kepada 615,000. Itu yang saya usahakan,” katanya.

Katanya lagi, beliau pada mulanya keberatan memikul tugas itu tetapi akhirnya bersetuju jika tiada cubaan pihak tertentu untuk mengganggu gugatnya.

“Saya dah nyatakan kepada presiden – jika nak saya, kena yakin dan percayalah pada saya,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bung berkata, beliau pernah mendapat tentangan, termasuk bekas ketua menteri Tun Musa Aman (yang kita Gabenor Sabah) dan beberapa pihak yang kurang senang dengan hubungan baiknya dengan pemimpin pembangkan Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti Warisan.

Kedua-duanya dikatakan terbabit dalam ‘Langkah Kinabalu’ yang gagal pada 2023, iaitu gerakan menjatuhkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Bung juga memperjelaskan hubungan dengan timbalannya Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilihat rapat dengan kerajaan GRS apabila dilantik ke dalam lembaga Universiti Malaysia Sabah dan sebagai pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation.

“Kami dah bincang, dan saya rasa ia dah selesai. Saya percaya dia akan terus bertindak atas kepentingan parti.”