UMNO sudah mengadakan perbincangan dengan semua parti yang berkenaan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata setakat ini belum ada sebarang sebarang keputusan dimuktamadkan.
“Kita sudah ada perbincangan tetapi keputusan belum dimuktamadkan lagi, malah kita sudah bersiap siaga sejak tahun lalu lagi untuk hadapi PRN Sabah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tanah, hari ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengesahan kewujudan Titah Addendum oleh Peguam Negara, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO yakin titah itu benar dan sudah disahkan di mahkamah.