PH tak perlu mohon maaf, kata Zahid Hamidi

PAKATAN Harapan tidak perlu memohon maaf di atas kritikannya terhadap UMNO dan Barisan Nasional ketika mereka berseteru dalam politik pada masa lalu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Tak perlu mereka memohon maaf. Usahlah kita mencacatkan kerjasama di dalam Kerajaan Perpaduan. Kita perlu saling menghormati.

“Apa yang perlu ialah mengekalkan keberadaan dalam kerajaan. Janganlah timbulkan sebarang masalah,” kata presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri sebagai mengulas kenyataan pemimpin UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini, menurut laporan Bernama.

Nur Jazlan sebelum ini mendesak PH agar memohon maaf daripada UMNO di atas kritikannya pada masa lalu, sebelum mereka membentuk kerjasama di dalam Kerajaan Perpaduan.

Kenyataannya menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk kecaman daripada PH.