SETIAUSAHA politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin diselar kerana membuat kenyataan kononnya dia boleh memenangi kerusi Bagan Datuk pada pilihanraya umum lalu jika dia menuntut kiraan semula undi.
Ketua penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa kenyataan itu amat tidak bertanggungjawab kerana ia dibuat oleh seorang ahli politik yang berpengalaman.
“Dia sepatutnya menghormati proses demokrasi negara ini. Dia juga sepatutnya menghormati keputusan Suruhanjaya Pilihanraya ketika itu dan membuat tuntutan kiraan semula pada waktu itu juga, bukannya sekarang,” katanya di halaman Facebook Selasa lalu.
Dalam wawancara dengan podcast ‘Apa Cerita’, Shamsul berkata dia mahu membantah keputusan SPR pada waktu itu tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim memujuknya membatalkan niatnya itu memandangkan Barisan Nasional bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan.
Anak perempuan Zahid yang juga exco Wanita, turut mengkritik Shamsul.
“Dia kata ini pengorbanannya kepada Kerajaan Perpaduan. Tak logik langsung,” katanya.