Salleh dipilih calon pilihanraya negeri Sabah

ADUN Usukan Salleh Tun Said dinamakan sebagai salah seorang calon bagi pilihanraya negeri (PRN) Sabah ke-17 tahun hadapan.

Ia diumumkan pengerusi Barisan Nasional negeri Bung Moktar Radin di pelancaran Gerak 17 di Usukan, semalam.

Setakat ini, Salleh yang juga bendahari UMNO Sabah, ialah calon kedua diumumkan untuk PRN selepas ketua UMNO Putatan, Jeffery Nor Mohamed dinamakan sebagai calon Tanjung Keramat.

Menurut Bung yang juga ketua UMNO Sabah, Salleh memenuhi kriteria sebagai seorang calon kerana khidmatnya yang baik di Usukan.

“Dia banyak berjasa kepada rakyat dan parti, terutama di kawasan ini. Pemilihannya adalah tepat,” katanya.