SRC case: Umno given 2 weeks to resolve

THE Kuala Lumpur High Court today granted SRC International Sdn Bhd and its two subsidiaries a two-week extension to resolve their lawsuit against Umno and Umno Selangor, involving RM19.5 million allegedly misappropriated in 2015.

Judge Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan granted the extension after lawyer Razlan Hadri Zulkifli, representing SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd, and Jendela Pinggiran Sdn Bhd, informed the court that settlement negotiations were still ongoing between the parties.

“The discussions are progressing and are closer to a resolution, but not in the immediate future. We require more time to receive further instructions from our clients regarding the settlement,” Razlan Hadri said, requesting a postponement of the trial.

Lawyers Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, representing Umno, and Muzzammil Merican Hasnal Rezua, representing Umno Selangor, confirmed that the settlement talks were continuing and assured the court they would update it once an agreement was reached.

Judge Ahmad Mohzanuddin agreed to postpone the trial, stating that if no settlement is reached, the case will proceed on January 20 next year, with a status update on the settlement scheduled for December 12.

“The court has prioritised this case, and I advise the parties involved not to lose momentum in reaching a resolution. At this stage, I will not entertain any request for postponement,” he said.

SRC and its two subsidiaries filed two separate lawsuits against Umno and Umno Selangor in May 2021.

In the lawsuit against Umno, the plaintiffs are seeking RM16 million, which they claim was wrongfully transferred to the political party, asserting that Umno had no basis to receive the funds.

The second lawsuit involves a claim for RM3.5 million against Umno Selangor, which is also alleged to have received the funds improperly.

 

Kes saman SRC: UMNO diberi 2 minggu lagi

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memberi tempoh tambahan dua minggu kepada SRC International Sdn Bhd serta dua anak syarikatnya untuk menyelesaikan kes saman terhadap Umno dan Umno Selangor melibatkan RM19.5 juta yang didakwa diterima secara salah pada 2015.

Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd memaklumkan rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan.

“Rundingan masih berjalan dan penyelesaian hampir diperoleh namun bukan dalam tempoh terdekat ini… oleh itu, kami masih memerlukan masa bagi mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam berkaitan penyelesaian,” kata peguam itu yang memohon perbicaraan hari ini ditangguhkan.

Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Umno, dan Muzzammil Merican Hasnal Rezua, yang mewakili Umno Selangor, turut mengesahkan perkara itu serta memberi jaminan akan memaklumkan status rundingan kepada mahkamah sekiranya penyelesaian dicapai.

Ahmad Mohzanuddin, yang membenarkan penangguhan prosiding hari ini, berkata sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, mahkamah akan meneruskan perbicaraan kes itu pada 20 Jan tahun depan dan menetapkan 12 Dis ini untuk kemas kini status rundingan.

“Mahkamah memberi keutamaan kepada kes ini dan saya menasihati pihak-pihak yang terlibat agar tidak kehilangan momentum bagi mencapai penyelesaian.

“Pada peringkat ini, saya tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan,” katanya.

SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap Umno dan Umno Selangor pada Mei 2021.

Dalam saman terhadap Umno, plaintif menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti politik itu dan mendakwa Umno tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.

Saman kedua pula melibatkan tuntutan RM3.5 juta terhadap Umno Selangor yang didakwa diterima secara salah. – Bernama