MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
Beliau berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Ahmad Zahid.
“Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu,” katanya di Shah Alam, kelmarin.