BARISAN Nasional sudah mengenal pasti calon untuk pilihanraya negeri Sabah tidak lama lagi, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri itu berkata BN sebelum itu menerima beberapa nama bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri bagi diperhalusi, dan mereka yang dipilih hanya yang bersih dan tiada rekod buruk.
“Apabila saya diberikan senarai itu, saya serahkan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mahkamah syariah dan civil bagi memeriksa latar belakang dan rekod mereka,” katanya di Kota Kinabalu, Sabtu lalu.
Ditanya berapa kerusi BN akan bertanding, presiden UMNO berkata ia akan diumumkan kemudian.
“Kita perlu memperbetulkan mana yang tak betul terlebih dahulu. Saya tak maksudkan individu atau parti tertentu,” katanya.