KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17.
Pengumuman dibuat semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri, sebentar tadi.
Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Menteri Hajiji Noor selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di tempat sama awal petang ini.
Terdahulu, kenderaan yang membawanya memasuki Istana Seri Kinabalu pada 8.51 pagi, diikuti kenderaan membawa yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman pada 9.20 pagi.
Petugas media berkumpul sejak awal pagi di Istana Seri Kinabalu dan Menara Kinabalu bagi persiapan pengumuman pembubaran DUN.