PAU terpaksa ditunda kepada Januari 2026

PERHIMPUNAN agung Umno yang dijadualkan November depan terpaksa ditunda kepada Januari 2026 berikutan pilihanraya negeri Sabah.

Setiausaha agung, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa PRN Sabah akan diadakan pada 29 November, tidak memungkinkan PAU diadakan.

Tarikh PAU sebelum ini ditetapkan pada 26 hingga 29 November.