Khairy hadiri program Pemuda di MDO

KHAIRY Jamaluddin membuat kejutan apabila hadir di satu program Pemuda Umno, Jumaat lalu.

Majlis itu yang dianggap ‘Perbincangan Meja Bulat Nasional 1.0’ dianjurkan ketuanya Datuk Dr Akmal Saleh di Menara Dato Onn.

Bekas ketua Pemuda Umno itu memuji Akmal kerana berani mengundangnya ke majlis itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Umno kerana, yang pertama menganjurkan majlis ini, dan yang kedua kerana cukup berani mengundang saya ke sini hari ini,” kata KJ.

Dr Akmal pula berkata, dia tidak pasti sama ada akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana tindakannya mengundang KJ.

Sejak dipecat dua tahun lalu, rancangan podcast KJ bertajuk ‘Keluar Sekejap’ berjaya meraih 397,000 peminat.