FB Bee Yin: Zahid rayu semua pihak bersabar

“JANGAN simbah minyak pada api yang sedang marak,” demikian kenyataan tegas daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Meskipun hanya hantaran ringkas di Facebook pada Isnin, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada pemimpin DAP yang didakwa bersorak ‘meraikan’ keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum.

Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menegur sikap ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dengan mengatakan tindakan wakil rakyat DAP itu tidak wajar kerana keputusan mahkamah melibatkan penderitaan dan kesan besar terhadap individu serta keluarga terlibat.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga secara lantang menggesa supaya parti menarik balik sokongan daripada kerajaan sekarang.