Dr Akmal lepaskan jawatan Exco Melaka

KETUA Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan sebagai Exco kerajaan Melaka.

Bercakap di Perhimpunan Agung Umno, beliau berkata perletakan jawatan itu berkuatkuasa minggu depan.

Akmal kini memang jawatan Exco Pembangunan, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Saya ingin memohon maaf tetapi perletakan jawatan ini mencerminkan hasrat saya untuk membawa suara akar umni.

“Saya akan meletak jawatan sebagai exco tetapi tidak akan meninggalkan pergerakan Pemuda,” katanya di persidangan Pemuda di Dewan Merdeka, World Trade Centre, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata dia melepaskan jawatan itu untuk ‘melawan DAP hingga ke akhir’.