PPP kembali sebagai parti komponen BN

PARTI Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, ketika menyampaikan ucapan merasmikan Perhimpunan Agung PPP Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), Ahad lalu.

“Ini adalah pengumuman rasmi berdasarkan surat (daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan/ROS bertarikh 25 November 2025) yang saya bacakan tadi, dan tidak ada mana-mana parti boleh mempertikaikan kedudukan sah PPP dalam BN.

“Pada 21 Januari ini, satu formaliti akan dilakukan membabitkan satu agenda khas dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kota Kinabalu (Sabah) dengan Presiden PPP dijemput,” katanya sambil disambut sorakan gemuruh pemimpin dan ahli PPP.

Pada 14 Januari 2019, ROS melucutkan pendaftaran MyPPP susulan pergolakan kepimpinan antara mendiang Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz dengan Tan Sri M Kayveas.

Krisis berlarutan selama lima tahun itu berakhir 11 April tahun lalu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan rayuan MyPPP terhadap pelucutan pendaftaran dan mengesahkan keabsahan Majlis Tertinggi MyPPP diadakan pada 19 Mac 2023 yang memilih D’Cruz sebagai Presiden.

Terdahulu pada 19 Mei 2018, ketika krisis kepimpinan mula tercetus dalam parti itu, Kayveas mengumumkan secara rasmi partinya menamatkan hubungan dengan BN.

Sementara itu pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa dengan penyertaan semula PPP, BN kini dianggotai lima parti komponen termasuk UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Ia adalah satu berita gembira bukan saja untuk parti ini (PPP) tetapi juga bagi BN kerana kini disahkan keanggotaan parti teras dalam BN ada lima iaitu UMNO, MCA, MIC, PBRS dan sekarang PPP.

“Ini memperlihatkan ketenangan dan ketenteraman yang wujud dalam BN kerana semua parti komponennya memperlihatkan kesatupaduan,” katanya.

 

PPP is back as Barisan Nasional component

THE People’s Progressive Party (PPP) is now recognised as a component party in the Barisan Nasional, said Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, who is also the Barisan chairman, said the formalities of the recognition would be held at the Barisan supreme council meeting in Kota Kinabalu, on Jan 21.

“Here I am holding a letter of message from the Registration of Societies Department (ROS) dated Nov 25, 2025 which states that PPP is a party in Barisan Nasional,” he said when speaking to open the 72nd PPP General Assembly at Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) here on Sunday (Jan 18).

Also present were PPP President Dr J. Loga Bala Mohan, BN Secretary-General Zambry Abd Kadir, BN/UMNO Women’s Chief Dr Noraini Ahmad, BN/UMNO Youth Chief Dr Muhamad Akmal Saleh, the top leadership and PPP representatives.

He said that from now on, no party can dispute the PPP’s legitimate position within BN.

At a press conference afterwards, Ahmad Zahid said the recognition confirmed the PPP as a full member of BN, and that the official announcement was deliberately delayed so it could be made during the PPP General Assembly.

“My friends and I deliberately delayed this announcement because we were waiting for the PPP General Assembly to be held,” he said.

Zahid said the core membership of BN currently comprises five parties: Umno, MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), and PPP.

He said PPP’s recognition was important to ensure stability and strengthen unity among BN component parties.

PPP was established in 1953 and became a BN component party in 1974.

However, an earlier leadership crisis led to the cancellation of PPP’s registration and resulted in the party’s exit from BN.