Lupakan yang lepas, kata presiden parti

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak di dalam dan luar Umno agar kembali menyertainya semula.

“Di bulan Ramadan ini, kita lupakan perkara yang sudah-sudah dan saling memaafkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Ramadan seharusnya menjernihkan semua kekusutan dan sudah tiba masanya Melayu kembali bergabung bagi memperkasakan perjuangannya.

Proses kemasukan masuk bekas ahli diletakkan di bawah tanggungawab naib presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mempengerusikan Jawatankuasa Rumah Bangsa.

Zahid berkata, inisiatif itu bertujuan memperkukuhkan parti dengan sokongan penuh ahli akar umbi.