Muafakat Nasional Mempunyai Makna Dan Signifikan Yang Tersendiri Di Slim

MUAFAKAT Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bukan sahaja memberi makna malah mempunyai signifikannya yang tersendiri dan seluruh jentera parti perlu membuktikannya pada Sabtu ini dengan kemenangan yang besar kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesepakatan antara UMNO dan PAS terbukti daripada enam PRK yang lalu dan PRK DUN Chini adalah kemenangan yang keenam dan PPBM pada ketika itu telah mula berjinak-jinak untuk membantu calon BN.

“Ertinya dua elemen ‘bilhikmah wabilhasanah’ ini cukup penting. Jika sebelum ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu BN, PAS dan PPBM yang meletakkan calon mempunyai pengundi mereka yang tersendiri apabila Allahyarham Datuk Khusairi memperoleh 8,000 undi, manakala PAS mendapat 4,000 undi dan PPBM pula 6,000 undi.

“Saya tidak tahu berapa parti PPBM ini akan membantu calon BN…saya tidak tahu berapa. Kalau betul-betul PPBM kuat di Tanjung Malim, di Slim ini sila berikan undi 6,000 itu kepada saudara Zaidi,” katanya pada ceramah di Dewan Taman Permai, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lama Sungkai, Slim River, malam tadi.

Ceramah berkenaan turut menampilkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Misbahul Munir Masduki serta Naib Presiden PPBM, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Tambah Ahmad Zahid dalam politik tidak ada kawan yang kekal malahan tidak ada juga musuh yang kekal dan jika digunakan dua elemen iaitu ‘hikmah dan ‘hasanah’ ianya diyakini akan memberi manfaat kepada semua pihak

“Apa hikmah yang berlaku…di dalam politik tidak ada kawan yang kekal, tidak ada musuh yang kekal, tetapi jika kita menggunakan dua elemen ‘hikmah’ dan ‘hasanah’ tadi saya amat yakin bahawa apabila penyatuan ummah dilakukan bukan sahaja Islam kuat tetapi bukan Islam juga akan turut terjaga kerana Islam itu indah dan Islam itu menjaga agama lain supaya agama lain juga turut dihormati.

“Apabila UMNO dan PAS mula memperlihatkan rasa kekitaan sesama kita tentunya PPBM merasakan bahawa ini satu contoh yang baik. Walaupun kita lihat akar umbi dan netizen mempunyai pandangan yang berbeda-beda tetapi yakinlah bangsa lain, agama lain akan menghormati penyatuan di kalangan kita kerana di dalam sejarah Parti Perikatan dan kemudiannya ditubuhkan BN, tidak ada bangsa dan agama lain di negara ini yang dizalimi atau dianiayai,” ujarnya.

Jelasnya lagi itulah yang ada pada kesepakatan di dalam Muafakat Nasional dan yakin di dalam Piagam Muafakat Nasional semua bangsa dan semua agama akan turut disertakan dan akan dijaga demi keharmonian negara serta tiada kekhuatiran dalam perkara berkenaan.

Ahmad Zahid turut mengimbau bagaimana ada pemimpin yang hari ini menubuhkan parti baharu pernah mengungkapkan bahawa tidak ada keperluan untuk menubuhkan parti yang banyak.

‘’Berapa kali serpihan ini…dulu pemimpin parti itu mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam parti. Itulah sebabnya UMNO dan BN kalah…maka langkah yang kita ambil UMNO berbaik dengan PAS… tetapi apabila PH jatuh dan bukannya UMNO serta PAS yang jatuhkan…mereka jatuhkan diri sendiri. Jangan marah UMNO dengan PAS.

‘’Maka beliau menubuhkan parti orang Melayu yang ketujuh walaupun sebelum itu mengatakan bahawa orang Melayu mesti bersatu dan jangan tubuhkan parti banyak-banyak tetapi apabila tertendang daripada Bersatu tubuhkan parti lain. Itulah calon yang diletakkan pada PRK Slim ini.

‘’Maka jentera parti yang ada di sini saya ingin ingatkan diri saya dan seluruh pengundi di Slim ini…cukuplah untuk kita berpecah dan buktikan di PRK Slim ini bahawa calon UMNO yang membawa lambang BN yang didokong oleh PAS, didokong oleh PPBM akan menang dengan dengan bergaya. Kita bukan mahu riak jauh dari sikap takabbur kerana kita mahu memperlihatkan bahawa Muafakat Nasional adalah jawapan terbaik untuk mewujudkan perpaduan di kalangan kita,’’ ujarnya.

Muafakat Nasional has its own significant in Slim

MUAFAKAT Nasional has its own significance in Slim by-election and this demands the whole party machinery to must prove it this Saturday with a big victory for Barisan Nasional (BN) candidate Mohd Zaidi Aziz.
UMNO president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the agreement between UMNO and PAS was proven from the last six by-elections and the Chini by-election was the sixth victory and PPBM at that time had begun to help BN candidates.
“It means that these two elements of ‘bilhikmah wabilhasanah’ are quite important. If the last general election, BN, PAS and PPBM contested on their own merit. At that time, the late Datuk Khusairi got 8,000 votes, while PAS got 4,000 votes and PPBM 6,000 votes.
“I do not know how many Perikatan Nasional components will help BN candidates… I do not know how many. If PPBM is really strong in Tanjung Malim and in Slim, please give the 6,000 votes to Zaidi, “he said at Taman Permai Hall, Pekan Lama Sungkai, last night.
Also present were Perak PAS Deputy Commissioner, Munir Masduki and PPBM Vice President, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Zahid added that in politics, there are no permanent friends and even no permanent enemies and if the two elements are used, namely ‘wisdom and’ hasanah ‘, it is believed that it will benefit all parties.
“There are no permanent friends, nor eternal enemies, but if we use the two elements of ‘wisdom’ and ‘hasanah’ I mentioned, the unification of the ummah is complete and will augur well for Muslims. However, non-Muslims will also be taken care of because Islam is beautiful and Islam takes care of other religions so that other religions are also respected.
“When UMNO and PAS started to show a sense of belonging among us, of course PPBM feels that this is a good example. Although the gassroots and netizens have different views but rest assured that other races, other religions will respect the unity among us because in the history of the Barisan Nasional, no other races and religions in this country are oppressed or persecuted,” he said.
It is clear that this is what BN is all about, and BN Charter will always safeguard the interest of all Malaysians.
Zahid also recalled how some leaders who today formed a new party once revealed that there is no need to form many Malay parties.
”How many of these pieces … first the party leader said the Malays are split into six parties. That is why UMNO and BN lost… then UMNO and PAS took a commendable step to cooperate… but when PH falls while not UMNO and PAS didn’t… they were frustrated and formed a new party. Do not be angry with UMNO and PAS.
”He then set up the Malay seventh party despite earlier avowing for Malays unification,” he said.
“To the party machinery here I would like to remind myself and all voters in Slim… it is enough for us to split.Prove in this Slim by-election that the UMNO candidate who carries the BN emblem supported by PAS and PPBM will win in stylish. We do not want to ripple away from arrogance because we want to show that Muafakat Nasional is the best answer to create unity among us, ” he said.