Sidang Parlimen Perlu Bersemuka… Beri Cadangan, Semak Imbang Untuk Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secara bersemuka dan bukan secara hibrid.

Jelasnya, sekali lagi semua pihak perlu yakin dengan vaksinasi yang telah dibuat melibatkan semua ahli-ahli Parlimen.

“Sekali lagi perlu yakin dengan vaksinasi yang telah dibuat. Pegawai tak perlu hadir ramai. Pemandu boleh hantar dan keluar,” jelasnya menerusi ciapan dalam laman Twitternya, hari ini.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian menzahirkan rasa setuju dengan pandangan dari Tan Sri Noh Omar yang mahukan pendekatan bersemuka dalam sidang Parlimen agar sesi perbahasan dalam sesuatu isu dapat dilaksanakan dengan mana-mana ahli Parlimen dapat meminta penjelasan.

Tegas Ahmad Maslan, yang terpenting adalah tanggungjawab beri cadangan-cadangan dengan, semak dan imbang boleh dilaksana.

“Apa yang Ahli Parlimen ingin buat di Dewan Rakyat adalah hak mereka. Ada yang cadang, bangkang, usul, mencelah, tanya, mengundi.

“Memang kami sebagai wakil rakyat akan suarakan suara rakyat sebaik mungkin.

“Dan masih tunggu bila tarikhnya. Sidang perlu jumlah hari yang cukup, contoh 20 hari,” katanya lagi.

Dilaporkan, pada 30 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi bertitah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan. – UMNO Online

Hold face-to-face Parliament session – Ahmad

KUALA LUMPUR, July 4 – Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan calls for a face-to-face Parliament session instead of virtually conducted.

He said, all parties must be convinced since all Parliamentarians have been vaccinated.


“Have faith in the vaccination. No need for so many officers. Their drivers can just drop them off and leave,” he said in his Twitter account, today.

The Pontian MP had earlier seconded the view by Tan Sri Noh Omar that the face-to-face session is paramount to discuss and debate whatever issue raised by Members of Parliament.

Ahmad added the most important aspect of it is that all suggestion can get through better check and balance.

“Whatever they do is their rights. Some will suggest, support, oppose and even vote. As your reps, we will be at our best speaking for the people.

“We are still waiting for the date. It has to meet the required 20 days, for instance.

On June 30, the Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah reiterated that the Parliament should sit as soon as possible to enable the Emergency Proclamation and the Emergency Ordinance to be tabled as stipulated under Article 150 (3) of the Federal Constitution.