Buka Sidang Parlimen, UMNO Tidak Mampu Berdiam Diri Dolak-dalik Kerajaan – Shahril

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata UMNO sebagai parti yang mendukung sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi Berparlimen tidak boleh menerima dolak-dalih Kerajaan dalam hal membuka persidangan Parlimen.

Jadi katanya, tentunya apabila tindakan Kerajaan seakan masih tidak mengendahkan titah SPB YDPA dan kenyataan Raja-raja Melayu, UMNO tidak mampu berdiam diri.

“Sidang Parlimen segera digesa bagi mengembalikan peranan wakil yang dipilih oleh rakyat untuk melaksanakan tugas semak dan imbang dalam pengurusan pandemik dan ekonomi negara yang kritikal pada ketika ini.

“Apatah lagi, umum mengetahui aturan urusan mesyuarat (persidangan) adalah dibawah kawal selia Kerajaan. Jadi tiada sebab untuk takut berhadapan dengan soalan atau perbahasan wakil rakyat,” katanya dalam maklumbalas berhubung kenyataan rasmi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi tadi.

Ujar Shahril, sebarang tindakan khusus UMNO andaikata tiada respon memuaskan dari Kerajaan terhadap gesaan ini, akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi seperti tuntutan organisasi dan selari dengan mandat dari PAU.

“Jika timbul kenaikan suhu politik mahupun krisis Perlembagaan, ia adalah berpunca dari pendirian kepimpinan Kerajaan yang berkeras.”

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan media berkata, UMNO berpendirian tegas mendesak Kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil Sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan terbabit, malah kegagalan dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Pemerintah.

Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat. – UMNO Online

Parliament session: Don’t silence Umno

KUALA LUMPUR, June 21 – Information Chief Shahril Hamdan said Umno cannot buy the government’s excuses not to resume the Parliament sitting.
“Their actions thus far indicate they do not heed the statement issued by The King and Malay Rulers.
“The Parliament must reconvene immediately to restore the role of representatives elected by the people to carry out the task of check-and-balance in the management of pandemics and the country’s depleting economy.
“What’s more, the public is aware that the prosedure of the meeting is under government control. So, there is no reason to be afraid of the possibility facing whatever debates by the reps,” he said in response to the official statement by party president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
According to Shahril, any specific action by Umno should the government fails to response positively, will be decided by the Supreme Working Council and in line with the mandate from the General Assembly.
“If there is a political turmoil, the government’s stubborness is the answer.”
Zahid said in a media statement that Umno strongly urged the government to respect the decree of the Yang di-Pertuan Agong and Rulers for the Parliament session to reconvene, and they party is giving a 14-day ultimatum to the government.
It stated that any refusal to do so is akin to staging a rebellion against the monarchy.
On June 16, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah said the parliamentary session should reconvene ‘as soon as possible’ to enable the Emergency Ordinances and the National Recovery Plan be debated by the Dewan Rakyat member.