Benarkan Aktiviti Sosial Kepada Penerima Dua Dos Vaksin, Termasuk Sidang Parlimen – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa seramai 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Ahad.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar dibenarkan aktiviti sosial berkumpulan seperti mesyuarat atau solat berjemaah dan beberapa aktiviti lain yang bersesuaian kepada mereka yang telah menerima dua dos vaksin
“Ini juga sebagai galakan agar lebih ramai rakyat mendaftar dan divaksin. Kumpulan yang sudah melalui vaksinasi dua dos juga wajar dibenar balik ke kampung, dibenar hadir dalam sidang Parlimen apatah lagi pada tahun 2020, sewaktu ahli-ahli Parlimen belum ada yang divaksin telahpun diadakan sidang Parlimen namun pada tahun 2021 apabila ahli-ahli Parlimen 100 peratus telah divaksin tetapi sehingga kini belum ada sebarang sidang Parlimen.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) juga sudah 100 peratus divaksin maka boleh dibenar untuk hadir dalam sidang DUN,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya, hari ini.

Namun demikian, beliau mengakui bahawa syarat kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKP bagi mengekang penularan rangkaian wabak COVID-19 perlu terus dipatuhi termasuklah mereka yang telah menerima dua dos vaksin.

Terdahulu, menerusi perkongsian data di akaun Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Sehingga kini, Malaysia masih melaksanakan PKP menyeluruh dengan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi. – UMNO Online

Complete vaccination for social needs, including Parliament

KUALA LUMPUR, June 22 – The Health Ministry revealed that a total of 1,612,974 individuals have completed two doses of vaccine under the National Covid-19 Immunization Program as of Sunday.
In this matter, Umno Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan suggested that group social activities such as meetings or congregational prayers and several others should be considered for a complete vaccination.
He said this will encourage them to register and get vaccinated. Groups that have undergone two doses should also be allowed cross border and allowed to attend parliamentary sittings, compared with no parliamentarians get vaccination last year. However, 2021 will be totally different since they have compeleted it.
“But no sign of Parliament sitting yet. State Assemblymen have completed their doses and they should also be allowed to attend DUN sitting,” he said on his Twitter, today.
Nevertheless, he acknowledged that the conditions to compliance with standard operating procedures (SOPs) throughout the MCO should continue be adhered to, including those who have received two doses of the vaccines.
Earlier, through data sharing on his Twitter account, Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba said 4,202,601 individuals or 12.9 percent of the population in the country had received the first dose, bringing the total number of first and second doses in the country to 5,815,575.