Persidangan Cawangan UMNO 15 Feb – 19 April, Bahagian 1 Jun – 20 Julai & Perhimpunan Agung UMNO 26 – 31 Okt

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan bermula pada 15 Februari sehingga 19 April sementara di peringkat Bahagianakan berlangsung pada 1 Jun hingga 20 Julai ini, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan media.

Selain itu, Konvensyen UMNO negeri-negeri ditetapkan pada 1 Ogos hingga 15 September ini dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pula akan diadakan pada 26 hingga 31 Oktober ini.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga hari ini telah melantik Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang telah meletak jawatan,” ujar beliau.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga bersetuju bersetuju untuk menerus dan memperkasakan Muafakat Nasional.


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.