PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia bersedia untuk berbincang dengan pemimpin UMNO mengenai titah adendum membabitkan bekas presiden parti itu, Najib Razak.
Anwar berkata dia turut mengambil maklum ramai ketua Umno bahagian membangkitkan isu tersebut baru-baru ini.
“Saya sedia mengadakan perbincangan dengan mereka, memberi penjelasan sekiranya perlu atau melakukan apa yang baik untuk menjaga keharmonian,” katanya,” katanya kepada wartawan di Putrajaya, Jumaat lalu.
Pada Khamis, seramai 160 daripada 191 ketua bahagian Umno menggesa Anwar melaksanakan titah tambahan itu tanpa berlengah lagi, yang akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.