DAP bidas kenyataan ‘tidak wajar’ MCA

AHLI Parlimen DAP dari Kampar, Chong Zhemin semalam membidas timbalan presiden MCA Mah Hang Soon berikutan kenyataannya mengenai lawatan 30 MP DAP ke ibu pejabat UMNO Jumaat lalu.
Menurut Zhemin, lawatan itu semata-mata untuk mendengar penerangan mengenai program latihan teknikal dan vokasional.
Katanya, kenyataan Mah bahawa mereka adalah kumpulan ‘budak sekolah’ dan ‘terlalu naif’ sebagai keterlaluan dan bertujuan meretakkan hubungan dalam kerajaan perpaduan.

Tambahnya lagi, taklimat 1 Ogos yang dipengerusikan presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semata-mata dibuat atas kapasitinya sebagai ketua TVET negara, tidak lebih dari itu.

“Tujuan lawatan 30 Ahli Parlimen DAP adalah jelas, untuk memperkukuhkan kerjasama dalam TVET, memperbaiki sistem yang ada dan mempromosikannya di peringkat kementerian,” Zhemin berkata dalam satu kenyataan.

Pemimpin DAP yang menghadiri majlis itu termasuklah setiausaha agungnya Loke Siew Fook, penasihat Lim Guan Eng dan pengerusi Chong Chieng Jen.