Tak perlu terburu-buru pilih rakan PRN – Bung

UMNO Sabah tidak perlu tergesa-gesa memilih mana-mana parti sebagai rakan pilihanraya negeri tidak lama lagi, kata ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Katanya, parti itu sudah cukup matang bagi membuat sesuatu keputusan secara terburu-buru.

“Memang kita ada autonomi tetapi kita perlu mengambil kira semua aspek. Kami faham makna perpaduan, bukan sahaja di peringkat persekutuan malah di peringkat negeri juga tetapi kita tak boleh tergesa-gesa tanpa menghitung strateginya.

“Kita tak boleh ikut cara pembangkang, yang berbincang hari ini tetapi bercakaran semula keesokan harinya,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, semalam.

Bung berkata demikian sebagai menjawab naib president Parti Bersatu Sabah (PBS), Arthur Sen yang mengkritik Bung kerana dikatakan memprovokasi PBS.

Kata Arthur, tindakan Bung seperti budak-budak kerana berkata enggan bekerjasama dengan PBS sedangkan PBS sendiri tidak pernah berkata akan bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional.