Zahid Hamidi hadiri Hari Kebangsaan Singapura

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai pemimpin beberapa negara di sambutan Hari Kebangsaan ke-60 Singapura di republik itu, semalam.
Turut berangkat ke sana ialah pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan isteri, Che’ Puan Mahkota Khaleeda.
Presiden Umno hadir di atas undangan bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir pemimpin serantau, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.