Bung nafi selisih pendapat dengan Zahid

KETUA UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyangkal wujudnya perselisihan di antara beliau dan pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai pilihanraya negeri akan datang.
Bung berkata hubungan di antara UMNO pusat dan Sabah tetap ‘baik dan utuh’.
“Kami sependapat. Kerjasama ini akan terus kekal selepas pilihanraya negeri,” katanya di Kota Kinabalu, semalam.

Zahid dilaporkan sebagai berkata bahawa rundingan mengenai agihan kerusi di antara BN, Pakatan Harapan dan Gabungan Rakyat Sabah hampir selesai.

Bung bagaimanapun berkata Rabu lalu bahawa UMNO Sabah sedia bertanding secara solo berikutan pengumuman GRS akan bekerjasama dengan PH.

Beliau menyifatkan pakatan GRS-PH sebagai ‘tergesa-gesa’ dan berkata pihaknya tidak akan bekerjasama dengan mereka yang tidak jujur.

Mesyuarat tertinggi GRS yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor Ahad lalu mengesahkan pakatannya dengan PH.

Sebelum itu, Zahid mengulangi bahawa pakatan BN dan PH sudah ‘dimeterai’ sambil membayangkan bahawa BN dan GRS mungkin bertembung pada PRN kali ini.

Ahad lalu, Zahid menggesa UMNO Sabah agar tidak tergesa-gesa menutup pintu kepada menerima parti lain sebagai rakan PRN.