UMNO telah memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perbincangan mengenai kerjasama dengan gabungan lain masih berjalan.
“Kita sentiasa meneliti dan memuktamadkan perkara berkaitan pembahagian kerusi, dan rundingan masih diteruskan.
“Dengan Pakatan Harapan, rundingan telah selesai. Bagi gabungan lain, ia bergantung kepada (hasil) rundingan yang akan diteruskan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi.