“Ada ahli yang dicadangkan pemecatan mereka kerana sudah menyertai parti lain di dalam kerajaan perpaduan.
“Ini tak sepatutnya berlaku. Jika seseorang ahli ingin menyertai parti lain, itu haknya.
“Bagaimanapun, mereka perlu patuh kepada peraturan,” katanya di Petaling Jaya, semalam. Bagaimanapun, Menteri Luar itu tidak menyebut jumlah dan nama mereka.
“Macam mana kita nak bekerjasama dalam satu kerajaan jika sesuatu parti komponen mencuri ahli parti lain?,” katanya.
Selepas mesyuarat MKT Rabu lalu, setiausaha agung UMNO Datuk Wira Dr Asyraf Dusuki berkata pihaknya akan menghantar nota bantahan kepada parti lain dalam Kerajaan Perpaduan berkenaan hal berkenaan.
Minggu lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mengesahkan keahliannya di dalam PKR cabang Ampang.