RAKYAT negara ini dinasihatkan untuk mengetepikan segala perbezaan politik, agama, bangsa dan budaya demi Malaysia, sekaligus menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan yang ke-68 tahun negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, malah demi negara juga, pelbagai perdekatan boleh dilakukan untuk memanifestasi sambutan hari kemerdekaan dan juga Hari Malaysia.
“Bagi rakyat Malaysia, pelbagai perdekatan boleh kita lakukan untuk memanifestasikan Hari Malaysia, Hari Kemerdekaan kita. Besok, cukup 68 tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan.
Pada hari kemerdekaan ini, kita ketepikan warna-warna dan pegangan politik kita. Demi negara, kita satukan fitrah atau pemikiran kita. Kita ketepikan perbedaan agama, perbedaan bangsa dan juga budaya. Ini negara kita. Di mana bumi dipijak, di situ langit kita junjung,” katanya pada 31 Ogos.