ISTILAH ‘kerusi tradisi’ di Sabah tidak akan menghalang Parti Warisan daripada bertanding di semua kawasan pada pilihanraya negeri akan datang, kata presidennya Datuk Seri Shafie Apdal.
Dalam kes kerusi Sungai Sibuga yang menjadi kubu kuat UMNO selama 31 tahun, termasuk 26 tahun di bawah cengkaman bekas ketua menteri Tun Musa Aman, Shafie berkata tidak ada yang mustahil bagi Warisan untuk merampasnya kali ini.
“In shaa Allah kita boleh menang tetapi kita kena kerja kuat. Jika saya boleh tumbangkan UMNO di Tawau, Semporna dan Lahad Datu, kenapa tidak di sini (Sibuga)?,” katanya di Kota Kinabalu, selmarin.
Beliau turut memberitahu UMNO bahawa “Cukup-cukuplah. Rakyat Sabah sekarang tahu apa yang mereka mahu.”
Sungai Sibuga yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO sejak 1994, kali pertama dipegang oleh Musa sebelum digantikan oleh Mohamad Hamsan Awang Supain yang meninggal dunia Januari lalu.