DUN Sabah dijangka bubar sebelum November

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka diadakan sebelum November ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan pilihan raya sebelum DUN Sabah terbubar secara automatik pada bulan tersebut.

“Memang tidak lama lagi, sabarlah tunggu, kalau cuaca ini terang kita bubarlah, cuaca baik nanti. Itu jabatan kaji cuaca, kita yang menentukan. Kita tidak ada pilihan sebab tempoh Dewan terbubar sendiri bulan November. Jadi mesti kita adakan sebelum itu, tunggu sahaja, sokong kerajaan hari ini”, katanya di Penampang, semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tarikh pembubaran DUN Sabah.