UMNO kecam penahanan anggota Sumud Flotilla

UMNO mengecam keras tindakan Israel menahan aktivis Sumud Flotilla yang menghantar bantuan kemanusian ke Gaza, kata presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mereka adalah sukarelawan yang ingin menghantar bekalan perlu kepada rakyat Palestin yang merana di Gaza. Penahanan mereka adalah tindakan tidak berperikenanusiaan,” katanya semalam.

Katanya, misi itu adalah kesepakatan antarabangsa yang peka dengan penderitaan rakyat Palestin. Tindakan Israel bukan hanya satu ketidakadilan mereka rakyat Gaza malah memperlekehkan suara majoriti antarabangsa bagi isu kemanusiaan,” katanya yang juga timbalan perdana menteri.

Zahid juga berkata Malaysia akan menggunakan segala saluran yang ada untuk mendesak Israel agar memastikan keselamatan mereka, khasnya 23 rakyat Malaysia yang ditahan.