TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pilihanraya negeri Sabah sebagai yang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-16 diadakan.
PRN ke-17 Sabah, katanya ialah peluang terakhir Umno untuk memperkukuhkan semua aspek sebelum PRU.
“Kita ‘underdog’ di Sabah… ini peluang terakhir bagi membuktikan Umno dan Barisan Nasional berada di landasan yang betul,” kata presiden Umno itu kepada Mingguan Malaysia.
Zahid berkata, tidak akan ada sebuah parti pun akan dapat mendominasi pembentukan kerajaan Sabah, dan oleh itu pakatan atau kerjasama mesti dilakukan.
Umno dan BN, katanya masih mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan akan memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi yang mereka tandingi.
BN juga terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain di Sabah kerana mereka tidak akan mampu membentuk kerajaan negeri sendirian.
Beliau juga berkata senarai calon BN sudah pun diputuskan selepas ditapis dan diperiksa oleh pihak polis, SPRM dan agensi lain.
“BN akan memberi lebih banyak peluang kepada calon wanita, muda dan calon akar umno yang mewakili setiap kaum di Sabah.”
Mengenai kemungkinan bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRs), Zahid berkata pihaknya terbuka untuk membincangkannya selepas PRN.
Beliau juga menyifatkan PRN Sabah sebagai pengukur kepada kemampuan BN di Melaka, Johor dan PRU akan datang.