VETERAN Umno mahu semua ahli berlapang dada menerima keputusan pemilihan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata pihaknya menyambut baik pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memuktamadkan nama calon dan berharap ketetapan sama dapat dilakukan bagi kawasan Parlimen lain lebih awal.
Katanya, langkah itu bertujuan untuk mendedahkan bakal calon kepada pengundi dan memberi mereka masa yang cukup untuk turun padang bekerja.
“Selain itu ia juga dapat mengurangkan kesan sabotaj dalaman dari kumpulan yang tidak bersetuju dengan bakal calon itu,” katanya.
Asyraf Wajdi diumum Selasa lalu sebagai calon untuk mewakili BN di kerusi Parlimen Gerik pada PRU16.
Perkara itu diumumkan Ahmad Zahid, dengan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk SalbiahMohamed, akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi sama.
Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk Gerik supaya menerima Asyraf Wajdi sebagai calon dengan menyifatkan beliau mempunyai potensi besar untuk membawa perubahan kepada kawasan Gerik.
