HANTARAN bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin di tiktok baru-baru ini mengundang pelbagai persoalan dari warganet.
Khairy memuatnaik gambarnya bersalaman bersama bekas ketuanya dalam parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis perkahwinan keluarga Pengerusi Umno Perlis.
Di tiktok, hos podcast Keluar Sekejap itu memuatnaik lagu “Sandarkan pada kenangan’ nyayian Jamal Abdillah dan arwah Siti Sarah.
Dengan lirik, “mengapa kita..harus bersengketa..” seolah-olah mencerminkan sikap Khairy kepada bekas bosnya itu.
Ada pemerhati politik yang membuat andaian Khairy akan kembali kepada UMNO tidak lama lagi.
Malah ada juga yang membuat spekulasi Khairy akan menjawat jawatan menteri pada hujung tahun ini bagi menggantikan Tengku Zafrul yang sudah habis tempoh senatornya untuk memegang jawatan menteri.
Di ruangan komen Khairy rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada KJ untuk kembali ke pangkuan Umno.
“masuk balik la KJ. berbaik semula dengan president. ikut je flow yg ada. seronok tengok kerajaan sekarang. mana tau ada rezeki next PRU leh menang. boleh sama2 jadi menteri bawah TPM Zahid. nak juga tengok PMX x KJ. mesti padu.’ , tulis warganet di ruangan komen tiktok.
