BEKAS Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan bahawa beliau tidak akan meneruskan pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Dalam satu kenyataan melalui laman Facebook rasminya, Rahman memaklumkan bahawa beliau telah menyampaikan hasrat itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bagi memberi laluan kepada muka baharu daripada kalangan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti di kerusi berkenaan.
“Saya telah memaklumkan kepada Presiden UMNO mengenai hasrat saya untuk tidak meneruskan pencalonan bagi DUN Tempasuk.
Saya ingin memberi peluang kepada muka baharu dan anak tempatan Kota Belud untuk menggalas tanggungjawab ini,” katanya.
Rahman, yang pernah bertanding tiga kali di kerusi Parlimen Kota Belud (2013, 2018 dan 2022);dengan dua kemenangan dan satu kekalahan berkata dalam ketiga-tiga pilihan raya tersebut, UMNO tetap berjaya mengekalkan undi majoriti di DUN Tempasuk walaupun tewas di peringkat Parlimen.
Beliau yakin calon UMNO dari kalangan anak tempatan akan mampu meneruskan kecemerlangan dan memperkukuh sokongan parti di kawasan itu.
“Sebagai ahli parti, saya akan terus membantu UMNO melalui kapasiti lain,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti atas kepercayaan yang telah diberikan selama ini.
Rahman turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana mengumumkan pencalonannya pada 9 November lalu serta kepada ahli dan penyokong UMNO di DUN Tempasuk atas sokongan mereka selama ini.
“Saya amat menghargai kepercayaan dan sokongan semua pihak sepanjang saya berkhidmat sebagai wakil rakyat,”
Sebelum itu, tular di media mengenai laporan penarikan diri Rahman dari menjadi calon bagi DU Tempasuk, Dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar turut mengesahkan perkara berkenaan dan mengatakan bahawa Rahman telah memaklumkan secara peribadi kepada parti tentang keputusannya.
“Beliau memberitahu kami bahawa beliau menarik diri sebagai calon. Azwan Norjan, ketua bahagian Umno Kota Belud, kini akan bertanding di kerusi itu,” katanya.
Setakat pengumuman parti-parti yang bertanding di dalam PRU DU Sabah ke 17, kerusi Tempasuk akan menyaksikan pertandingan lebih 5 Penjuru di mana GRS menamakan penyandang kerusi berkenaan, Arsad Bistari untuk mempertahankan kerusi berkenaan, manakala Warisan menamakan Mohd Khidir Lamsil, manakala parti Star menamakan Walter Mark Mukis dan Bebas turut menamakan calon mereka di kerusi berkenaan.
Untuk rekod seramai kerusi tempasuk mempunyai 17,116 pemilih berdaftar.
