MASIH terlalu awal untuk membincangkan kerajaan campuran di Sabah, kata naib presiden Umno, Datuk Seri Johari Ghani.
Katanya, sebarang keputusan akan hanya diketahui selepas keputusan PRN Sabah dimuktamadkan.
“Masih terlalu awal untuk membuat keputusan, jadi tunggulah sehingga keputusan pilihanraya diumumkan,” katanya di Pelabuhan Tanjung Langsat, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada BN akan bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan baharu Sabah.
Hari mengundi PRN Sabah ditetapkan pada 29 November ini.
